Terma Penggunaan

1. Undang-undang Terpakai

Undang-undang Malaysia.

2. Kemudahan

Kemudahan ini adalah Pembiayaan Peribadi-i yang ditawarkan kepada Pelanggan yang mana butirannya diperincikan dalam kandungan SMS dan/atau Surat Tawaran yang mana akan dihantar kepada Pelanggan sejurus diluluskan dan pembayaran setelah mendapat persetujuan Pelanggan terhadap terma dan syarat yang disertakan di sini.

3. Tujuan

Kemudahan hendaklah digunakan untuk tujuan peribadi Pelanggan. Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Kemudahan tidak akan d igunakan untuk apa-apa aktiviti atau perkhidmatan tidak halal. Bank mempunyai hak untuk menamatkan dan menarik balik Kemudahan tersebut dengan serta-merta jika Pelanggan gagal untuk mematuhi syarat ini.

4. Komoditi Ditetapkan

Apa-apa komoditi yang ditentukan oleh RHB Islamic Bank yang halal dan mematuhi prinsip-prinsip Syariah dalam keadaan "sepertimana sedia ada", tanpa apa-apa perwakilan atau waranti daripada Bank berkenaan kualiti, keadaan, bilangan dan deskripsi dan tanpa liabiliti kepada pihak Bank bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau kemerosotan.

5. Cara Pembiayaan

Kemudahan ini adalah berasaskan kontrak Syariah iaitu Komoditi Murabahah melalui kaedah Tawarruq dan Wakalah yang mana Pelanggan akan melantik Bank sebagai satu-satunya agen yang eksklusif untuk menguruskan Komoditi Ditetapkan sebagai transaksi dasar sebagaimana dipersetujui.

Selepas Kemudahan diluluskan, Bank akan membuat tawaran melalui SMS dihantar kepada Pelanggan yang mana mengandungi butiran seperti Jumlah Pembiayaan, Harga Jualan, tempoh, kadar keuntungan dan jumlah ansuran bulanan untuk penerimaan Pelanggan.

Penerimaan Pelanggan terhadap tawaran Bank seperti yang terkandung dalam SMS akan menunjukkan sama ada:

  1. dengan menjawab "YA*" kepada SMS yang mana bermaksud Pelanggan ingin meneruskan dengan transaksi dan Kemudahan, ATAU
  2. dengan menjawab "TIDAK" kepada SMS yang mana bermaksud Pelanggan tidak ingin meneruskan dengan transaksi dan Kemudahan,

Nota*: Jawapan "YA" menunjukkan penerimaan Pelanggan terhadap Tawaran Bank yang mana terkandung dalam SMS atau Surat Kelulusan yang akan dihantar kepada Pelanggan. Penerimaan ini bergantung kepada apa-apa perubahan dan variasi yang akan dimaklumkan melalui Notis daripada Bank, merupakan:

  1. hutang ke atas Pelanggan di mana Pelanggan berjanji kepada Bank untuk membayar Harga Jualan Bank dalam jumlah / kadar / ansuran seperti yang terkandung dalam SMS dan mengikut cara sebagaimana yang terdapat di dalam Surat Tawaran;
  2. pembayaran Jumlah Kemudahan yang mana, hasil daripada penjualan kepada Broker B tertakluk kepada pemotongan yang dipersetujui dengan Bank itu akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan dan hendaklah disifatkan sebagai pembayaran wang penuh di bawah Kemudahan.

Sekiranya Pelanggan tidak memberi jawapan pada hari yang sama (semasa waktu bekerja Bank) dengan hari SMS dihantar oleh Bank, SMS susulan akan dihantar kepada Pelanggan setiap hari sehingga hari ketujuh selepas tarikh kelulusan untuk memastikan penerimaan atau pembatalan terhadap tawaran Kemudahan. Sekiranya tiada tindakbalas daripada Pelanggan, permohonan akan dibatalkan oleh sistem 21 hari selepas kelulusan.

Sejurus kelulusan ke atas Kemudahan dan penerimaan Pelanggan terhadap tawaran Kemudahan, pihak Bank dengan ini dilantik sebagai Wakil. Bank dengan itu akan memulakan jualbeli dengan broker komoditi ("Broker A") atas kaedah pembayaran serta-merta ke atas pembelian Komoditi Ditetapkan yang bersamaan dengan Jumlah Pembiayaan.

Selepas Bank menerima penghantaran Komoditi Ditetapkan daripada Broker A, Bank akan menawarkan untuk menjual Komoditi Ditetapkan itu dengan harga tokokan dan berdasarkan bayaran tertunda ("Harga Jualan Bank") kepada Pelanggan. Merujuk kepada arahan Pelanggan sepertimana dispesifikasikan di sini untuk melantik Bank sebagai agen, Bank sebagai wakil Pelanggan akan menerima dan mengambil tawaran dan penghantaran Komoditi Ditetapkan. Selepas itu Bank akan bertindak sebagai wakil Pelanggan untuk menjual Komoditi Ditetapkan kepada Broker B dalam jumlah yang bersamaan dengan Jumlah Kemudahan.

Satu SMS akan dihantar untuk memaklumkan tentang proses jual beli Komoditi Ditetapkan dan pembayaran Jumlah Kemudahan.

6. Hak dan Kewajipan

Pihak Bank boleh:

  1. melaksanakan mana-mana tugas, kewajipan dan tanggungjawab melalui kakitangan atau ejen
  2. menahan daripada melakukan apa-apa yang akan atau mungkin pada pendapatnya bertentangan dengan mana-mana bidang kuasa undang-undang atau sebarang arahan daripada mana-mana agensi negeri atau sebaliknya mempetanggungjawapkan kepada manamana orang dan boleh melakukan apa-apa yang pada pendapatnya adalah perlu untuk mematuhi sebarang undang-undang atau arahan.
  3. menganggap tiada Kejadian Mungkir telah berlaku keatas akaun pelanggan yang masih aktif melainkan Pengawai Bank mendapat maklumat yang bertentangan.
  4. bergantung kepada apa-apa komunikasi atau dokumen dipercayai olehnya sebagai sahih
  5. bergantung kepada fakta yang munasabah yang dipercayai berada dalam pengetahuan Pelanggan yang disampaikan oleh atau bagi pihak Pelanggan;
  6. menganggap sesiapa yang diberitahu oleh Pelanggan kepadanya sebagai orang yang diberi kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan yang diperincikan oleh Perjanjian ini sehingga ia menerima notis yang menyatakan yang sebaliknya daripada Pelanggan;
  7. mengubah terma dan syarat sekiranya Pelanggan gagal untuk sebarang sebab sekalipun untuk mengekalkan akaun dengan Bank dalam cara yang memuaskan.
  8. membuat apa yang difikirkannya patut untuk membantu pelanggan menjual Komoditi kepada Broker Komoditi.

Pelanggan hendaklah:

  1. bertanggungjawab bagi kontrak jual dan beli yang dilaksanakan oleh pihak Bank sebagai Ejen selaras dengan Terma dan Syarat ini, kecuali jika apa-apa tindakan, tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada kecuaian, salah laku sengaja, kelalaian sengaja atau penipuan daripada Ejen.
  2. membayar pihak Bank untuk permintaan pertama terhadap segala kerugian, tuntutan, tindakan undang¬-undang, prosiding, kerosakan, kos dan perbelanjaan apa pun yang dibawa atau dituntut oleh manamana pihak dan/atau ditanggung atau dialami oleh Bank hasil dari pembelian dan penjualan Komoditi di bawah transaksi di sini sebagai Ejen kepada Pelanggan atau perlanggaran perjanjian oleh Pelanggan atas mana-mana kewajipannya di sini. Ganti rugi yang diberikan akan berkekalan walaupun Terma dan Syarat ini telah ditamatkan dan setiap jumlah yang dibayar tidak akan tertakluk kepada apa-apa potongan, penolakan, tuntutan balas atau sebaliknya.

7. Pembayaran

Kemudahan tersebut akan tersedia untuk pembayaran setelah selesainya proses pembiayaan dan prasyarat telah dipenuhi seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini. Pembayaran dari Kemudahan ini akan dibuat sekali gus menurut penjualan Komoditi Ditetapkan kepada Broker B, dan akan didepositkan terus ke dalam akaun Pelanggan tertakluk kepada pemotongan yang dipersetujui dengan Bank atau jika dibenarkan oleh Pelanggan, pembayaran yang boleh dibuat kepada senarai penerima bayaran sepertimana yang dipersetujui.

Akaun pembayaran

Untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Pesara:
Pelanggan harus membuka dan mengekalkan satu akaun deposit ("Akaun") dengan Bank dan dengan ini dipersetujui bahawa pengeluaran wang di bawah Kemudahan tersebut akan dibuat terus ke dalam Akaun tersebut.

Untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Awam & Pembiayaan Peribadii untuk Potongan Gaji Majikan:
Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuka dan mengekalkan satu akaun deposit ("Akaun") dengan Bank atau menyatakan akaunnya dengan Institusi Kewangan lain dan dengan ini dipersetujui bahawa pengeluaran wang di bawah Kemudahan tersebut akan dibuat terus ke dalam Akaun tersebut.

8. Syarat Pembayaran

Kemudahan ini sedia untuk digunakan tertakluk kepada Prasyarat seperti yang dinyatakan dalam Klausa 21. Jika Pelanggan gagal memenuhi manamana prasyarat dan mengikut prinsip-prinsip Syariah, Pelanggan tidak berhak untuk menggunakan Kemudahan dimana Bank berhak menarik balik Kemudahan tanpa memberikan apa-apa notis terlebih dahulu dan Pelanggan hendaklah membayar balik dan/atau menanggung rugi Bank bagi semua kos dan perbelanjaan (termasuk kos dan belanja guaman) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan kelulusan dan/ atau pemberian Kemudahan kepada Pelanggan.

9. PraSyarat

Kemudahan boleh digunakan oleh Pelanggan setelah prasyarat berikut dipenuhi:

  1. Pelanggan hendaklah lulus penilaian kredit dalaman Bank dan kelulusan untuk kepuasan Bank;
  2. Semua dokumen yang dikehendaki dalam perjanjian ini dan/atau dokumen lain seumpamanya yang mungkin dikehendaki oleh Bank dan/atau peguamcaranya hendaklah dilaksanakan oleh Pelanggan, dimatikan setem dan didaftarkan sewajarnya di pejabat pendaftaran seperti yang difikirkan perlu atau wajar oleh Bank;
  3. Pelanggan hendaklah membayar semua fi atau caj yang perlu dibayar atau yang dipersetujui kepada Bank untuk atau berkaitan dengan Kemudahan;
  4. Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran, sekiranya terpakai, hendaklah mengkredit bayaran pencen Pelanggan ke dalam akaun Pelanggan yang dibuka dan dikekalkan dengan Bank (untuk Pembiayaan Peribadi-i Pesara Kerajaan);
  5. tiada Kejadian Mungkir (seperti yang ditetapkan di bawah Klausa 23 di sini) atau tiada kejadian yang dengan pemberian notis atau berlalunya masa atau kedua-duanya yang boleh membentuk Kejadian Mungkir telah berlaku atau sedang berlaku;
  6. tiada keadaan luar biasa atau perubahan undang-undang atau tindakan lain kerajaan telah berlaku yang menyebabkan Pelanggan tidak mungkin dapat mematuhi atau melaksanakan waad dan obligasi dalam dokumen ini; dan
  7. hasil carian ke atas Pelanggan di Pejabat Ketua Pengarah Insolvensi memuaskan Bank.

10. Pembatalan Sebelum dan Selepas Pembayaran

Bank berhak membatalkan Kemudahan yang ditawarkan, pada bila- bila masa sebelum atau selepas pengeluaran wang pembiayaan, jika didapati terdapat apa-apa pelanggaran terhadap prinsip-prinsip Syariah atau fakta penting yang tidak didedahkan atau dinyatakan secara tidak benar yang boleh mengubah kepercayaan kredit Pelanggan dan keupayaan Pelanggan untuk melaksanakan obligasinya tanpa memberikan apa-apa sebab.

11. Penyatuan Hutang

Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa sebarang yuran/kos/caj tambahan yang disebabkan oleh bayaran penyelesaian kepada bank/institusi kewangan/penghutang yang berkaitan yang ditolak daripada jumlah pembiayaan diluluskan, akan ditanggung oleh Pelanggan.

12. Cara Bayaran Harga Jualan (Bayaran Bulanan)

Apa-apa perubahan kepada bayaran bulanan dan tempoh bagi pembayaran Harga Jualan akan dimaklumkan oleh Bank kepada Pelanggan melalui Notis dari semasa ke semasa, dengan syarat Harga Jualan hendaklah tetap tidak berubah.

Bayaran pertama kepada Bank mesti dibuat mengikut Tarikh Matang Bulanan yang dinyatakan dalam Surat Kelulusandan bayaran bulanan berikutnya harus dibayar pada tarikh yang sama dalam bulan berikutnya sehingga Harga Jualan dibayar sepenuhnya.

Untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Awam dan Pembiayaan Peribadii untuk Potongan Gaji Majikan, bayaran bulanan sepatutnya dibuat melalui potongan gaji dan pembayaran hanya dikira setelah penerimaan pembayaran oleh Bank dan bukan semasa tolakan gaji dibuat. Tanpa prejudis terhadap klausa ini, Pelanggan hendaklah bertanggungjawab untuk membuat bayaran terus kepada Bank:

  1. Sehingga tolakan gaji berkesan; dan/atau
  2. Sekiranya pembayaran melalui tolakan gaji tidak diterima oleh Bank atas apa juga sebab,
  3. Sekiranya jumlah bayaran yang ditolak daripada gaji diterima adalah lebih rendah daripada jumlah bayaran bulanan sebenar.

Sekiranya berlaku apa-apa kegagalan pembayaran, bayaran bulanan yang tidak mencukupi atau kekurangan dalam bayaran bulanan atas sebab-sebab (termasuk tetapi tidak terhad kepada) dana yang tidak mencukupi, Pelanggan hendaklah dengan segera membayar bayaran bulanan atau jumlah yang kurang, terus kepada Bank, dengan memaklumkan perkara yang sama kepada Bank.

13. Prabayaran

Sebarang bayaran melebihi jumlah bayaran bulanan atau sebarang bahagian prabayaran akan dikira sebagai bayaran pendahuluan. Secara asasnya, jumlah bayaran pendahuluan yang mencukupi untuk menampung jumlah Bayaran Bulanan akan melanjutkan tarikh matang bulanan ke tarikh sekemudiannya.

14. Pampasan (Ta’widh) Dibayar Terhadap Kemudahan

Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada Bank seperti yang berikut:

  1. bagi apa-apa kegagalan Pelanggan untuk membayar bayaran tertunggak di bawah Kemudahan ini dari tarikh pembayaran pertama sehingga tarikh matang bagi kemudahan ini, Pelanggan hendaklah membayar bayaran pampasan kepada Bank pada kadar pampasan sebanyak satu peratus (1% ) setahun :

    1. ke atas jumlah tertunggak dalam kes kelalaian ke atas pembayaran berjadual; atau
    2. ke atas baki kemudahan ini yang masih belum dijelaskan kerana kelalaian yang menyebabkan Kemudahan ini ditamatkan atau dibawa ke mahkamah untuk penghakiman sebelum tempoh tamat Kemudahan.

  2. bagi apa-apa kegagalan Pelanggan untuk membayar sebarang jumlah yang tertunggak dan kegagalan adalah berterusan di luar tempoh Kemudahan tersebut atau selepas penghakiman diperolehi (yang mana terdahulu), pada kadar untuk setahun seperti yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa (sebelum dan juga selepas penghakiman) dengan syarat kadar pampasan yangterpakai tidak boleh pada bila-bila masa melebihi kadar semasa Pasaran Wang Antara Bank secara Islam, Bank Negara Malaysia terhadap jumlah baki tertunggak bagi kemudahan ini yang dikira pada asas harian; dan

  3. jumlah pampasan itu tidak boleh dikompaun;

atau oleh apa-apa kaedah lain yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

15. Penyelesaian Awal

Adalah dengan ini dipersetujui walau apapun yang terkandung sebelum ini berkenaan bayaran Kemudahan, Pelanggan boleh pada bila-bila masa membuat penyelesaian awal untuk keseluruhan Harga Jualan Bank tertakluk kepada rebat (Ibra’), DENGAN SYARAT notis bertulis diberikan kepada Bank satu (1) bulan sebelum tarikh penyelesaian awal.

16. Rebat (Ibra’)

Bank hendaklah memberi Rebat (Ibra’) kepada mana-mana jumlah yang perlu dibayar oleh Pelanggan berhubung dengan apa-apa bayaran tertunggak di bawah Kemudahan dalam mana-mana keadaan yang berikut:

  1. apa-apa penyelesaian awal atau penebusan awal oleh Pelanggan termasuk bayaran pendahuluan;
  2. apa-apa penyelesaian Kemudahan disebabkan mana-mana penyusunan semula pembiayaan oleh Pelanggan;
  3. apa-apa penyelesaian oleh Pelanggan apabila berlakunya Peristiwa Keingkaran; dan
  4. apa-apa penyelesaian oleh Pelanggan dengan menamatkan atau membatalkan Kemudahan sebelum tamat Tempoh Kemudahan.

Rebat (Ibra ') = * Baki Keuntungan Belum Diperolehi - Caj Penyelesaian Awal (jika ada).

*Baki Keuntungan Belum Diperolehi adalah sama dengan keuntungan tidak nyata pada masa penyelesaian penuh

Pengiraan Rebat (Ibra') hendaklah dibuat mengikut apa-apa kaedah, peraturan dan/ atau arahan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang diperlukan atau dikenakan ke atas pihak Bank dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank.

17. Pelantikan Agen Pungutan

Bank mempunyai hak untuk melantik ejen mengikut pilihannya untuk memungut semua dan apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada Bank daripada Pelanggan di bawah Surat Tawaran ini.

18. Takaful

Pelanggan hendaklah mengambil pelan Takaful peribadi bagi melindungi pembayaran di bawah Kemudahan samaada daripada syarikat Takaful yang tersenarai sebagai syarikat Takaful panel Bank atau daripada syarikat Takaful sah yang lain pilihan Pelanggan sendiri. Bagi pilihan pelan Takaful peribadi daripada syarikat Takaful panel Bank, sumbangan Takaful yang perlu dibayar akan dipotong daripada jumlah Kemudahan yang diluluskan sebelum pengeluarannya kepada Pelanggan.

Nota: Bagi Pelanggan yang memilih pakej perlindungan Takaful daripada operator takaful bukan panel Bank, Pelanggan hendaklah memberi bukti perlindungan ke atas pembiayaan yang diluluskan. Pelanggan hendaklah menanggung kos perlindungan Takaful yang diambil sendiri dan tidak akan dipotong daripada jumlah Kemudahan yang diluluskan.

19. Fi, Kos dan Perbelanjaan Lain

Semua caj, fi guaman dan profesional, duti setem, cukai pada masa ini dan masa hadapan termasuk tetapi tidak terhad kepada caj servis, penangguhan atau apa jua potongan yang lain dan sebagainya yang berkaitan dengan Kemudahan termasuk fi peguamcara Bank atas dasar peguamcara-klien dan/ atau jika apa- apa wang yang dengan ini diberikan perlu didapatkan semula melalui apa-apa proses undang-undang atau oleh peguam Bank, maka ia mesti ditanggung oleh Pelanggan.

Untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Awam dan Pembiayaan Peribadi-i untuk Potongan Gaji Majikan, fi potongan gaji sebanyak 2% akan dikenakan ke atas bayaran bulanan. Jumlah potongan gaji bulanan adalah lebih tinggi daripada bayaran bulanan.

20. Klausa Kebenaran

Pelanggan bersetuju dan memberi kuasa kepada Kumpulan Perbankan RHB (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan), pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan ejen-ejennya untuk mendedahkan, berkongsi dan/atau mengesahkan maklumat atau dokumen-dokumen yang berkaitan dengan hal ehwal Pelanggan, akaunakaun, kemudahan-kemudahan, pengarah-pengarah dan/atau pemegangpemegang saham kepada dan/atau dengan pihak-pihak berikut termasuk, tanpa had:

  1. mana-mana syarikat dalam Kumpulan Perbankan RHB, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan termasuk, tanpa had, jualan silang, pemasaran dan promosi produk dan/atau perkhidmatan daripada Kumpulan Perbankan RHB
  2. mana-mana pihak berkuasa/pengawal selia/pihak yang dibenarkan oleh undang-undang atau peraturan-peraturan untuk mendapatkan maklumat atau oleh pihak mahkamah;
  3. mana-mana pihak yang membekalkan sekuriti bagi kemudahankemudahan yang diberikan kepada Pelanggan; ejen-ejen Kumpulan Perbankan RHB, termasuk tanpa had, penjual-penjual, peniagapeniaga dan/atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga berhubung dengan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Perbankan RHB;
  4. juruaudit-juruaudit, peguam-peguam dan/atau penasihat-penasihat profesional lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Kumpulan Perbankan RHB dengan perlantikan ini, atau berkaitan dengan apa-apa penyediaan kemudahan atau dokumen-dokumen sekuriti, jika berkenaan, atau mana-mana tindakan atau prosiding bagi mendapatkan kembali wang yang perlu dibayar oleh Pelanggan, di mana berkenaan;
  5. biro-biro kredit dan/atau agensi-agensi pelaporan kredit, agensi-agensi pencegahan penipuan, agensi-agensi kutipan hutang dan persatuanpersatuan berkaitan industri/kewangan; dan
  6. mana-mana pemegang serah hak yang berpotensi atau orang-orang lain yang bercadang untuk membuat apa-apa perjanjian kontrak yang memerlukan pendedahan maklumat tersebut.

21. Pindaan Dan/Atau Syarat Tambahan

  1. Bank boleh pada bila-bila masa selepas ini atas permintaan Pelanggan atau atas budi bicara pihak Bank menukar dan/ atau mengubah semua atau mana-mana bahagian Kemudahan yang dengan ini diberi kepada Kemudahan lain dan jika ini berlaku, liabiliti atau obligasi yang wujud menurut dokumen ini akan terus sah dan mengikat untuk apa jua tujuan sehingga Harga Jualan oleh Bank walau apa pun tambahan atau perubahan tersebut dan tertakluk kepada perubahan seperti yang akan dimaklumkan oleh Bank (sama ada tersirat oleh undangundang atau kegunaan dagangan yang mentadbir atau terpakai untuk tambahan atau perubahan tersebut).

  2. Walau apa pun peruntukan yang berlawanan, terma-terma Pembiayaan ini boleh, pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa, diubah oleh pihak Bank dan jika pindaan tersebut adalah material, notis akan diberikan kepada Pelanggan, DENGAN SYARAT pindaan atau perubahan itu tertakluk kepada dan mematuhi dan menepati prinsip-prinsip Syariah, dan seterusnya, pindaan dan perubahan itu akan dianggap sebagai telah dibuat dan hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai menjadi sebahagian daripada terma dan syarat pembiayaan ini pada masa ianya dimeterai.

22. Pemberitahuan tentang Perubahan Status Pekerjaan

1. Untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Awam / Pembiayaan Peribadi-i untuk Potongan Gaji Majikan: Pelanggan hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada pihak Bank tentang perubahan berikut dalam perkhidmatan pelanggan:

  1. Pelanggan meletakkan jawatan atau bersara daripada perkhidmatan Kerajaan Malaysia ("Kerajaan");
  2. Penamatan Pelanggan dari perkhidmatan Kerajaan; atau
  3. Pemindahan Pelanggan ke jabatan Kerajaan yang lain; atau
  4. Perletakan jawatan atau berpindah ke majikan baru; atau
  5. Jika terdapat sebarang gangguan terhadap potongan bayaran bulanan automatik atas apa-apa sebab.

Bagi keadaan (a), (b), (d) dan (e) di atas, untuk pembayaran bulanan yang dibuat sebelum ini melalui I.Destinasi Sdn. Bhd. (IDSB) dan/atau Biro Perkhidmatan Angkasa, Pelanggan hendaklah selepas itu membayar bayaran bulanan terus kepada Bank.

2. Untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Pesara:

  1. Pelanggan hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada pihak Bank sekiranya Pelanggan tidak lagi layak menerima bayaran pencen atas sebarang sebab.
  2. Bagi keadaan di atas, Pelanggan hendaklah membayar bayaran ansuran terus kepada Bank.
  3. Melainkan atas sebab-sebab kecuaian atau keingkaran sengaja oleh Bank, Pelanggan hendaklah menanggung rugi dan melepaskan Bank terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, kos, tuntutan, permintaan, caj, perbelanjaan, kerugian dan liabiliti yang mungkin dikenakan ke atas Bank berbangkit daripada, atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Bank dengan sebarang dakwaan, permintaan atau tindakan diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran atau mana-mana agensi kerajaan Malaysia yang lain berkaitan dengan atau berbangkit daripada Kemudahan ini

23. Penyataan dan Jaminan

Pelanggan dengan ini menyatakan dan memberikan jaminan kepada Bank bahawa:

  1. Pelanggan mempunyai hak, autoriti, kuasa dan keupayaan sepenuhnya dari segi undang-undang untuk menerima Kemudahan dan untuk melaksanakan obligasinya menurut terma dan syarat yang dinyatakan di sini;
    1. Pelanggan berkhidmat dan bekerja secara tetap dengan Kerajaan (untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Awam);
    2. Pelanggan adalah layak menerima pencen daripada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Hal Ehwal Veteran, jika terpakai (untuk Pembiayaan Peribadi-i untuk Pesara);
  2. Terma dan syarat ini membentuk obligasi yang sah dan mengikat di sisi undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap Pelanggan menurut terma-terma masing-masing;
  3. semua kebenaran, pemberian kuasa dan kelulusan yang diperlukan atau yang sebaiknya diperoleh berhubung dengan penerimaan, penyerahan, kesahan atau kebolehlaksanaan terma dan syarat ini dan penggunaan Kemudahan telah diperoleh serta dikuatkuasakan dan dilaksanakan sepenuhnya;
  4. penerimaan oleh Pelanggan atau penyerahan Surat Kelulusan atau pun pelaksanaan syarat dalam perjanjian ini tidak akan melanggar atau membentuk keingkaran di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, perintah atau dekri mana-mana pihak berkuasa kerajaan, agensi atau mahkamah yang Pelanggan tertakluk kepadanya;
  5. Pelanggan tidak mungkir di bawah mana-mana perjanjian yang mana Pelanggan adalah satu pihak atau yang Pelanggan boleh terikat dengannya dan tiada litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran sedang berjalan atau belum selesai atau yang boleh dikenakan terhadap Pelanggan;
  6. semua maklumat yang dikemukakan oleh Pelanggan kepada Bank berkaitan dengan Kemudahan adalah benar dan betul dan tidak terdapat peninggalan, yang akan menyebabkan maklumat menjadi tidak tepat atau mengelirukan; dan
  7. tiada prosiding kebankrapan sedang berjalan, belum selesai atau yang boleh dikenakan terhadap Pelanggan.

24. Waad Afirmatif

Selama tempoh Kemudahan, Pelanggan akan:

  1. membayar, menjelaskan atau dengan cara lain melunaskan tepat pada waktunya pada atau sebelum tempoh matang atau sebelum menjadi tertunggak, mengikut mana-mana yang berkenaan, bayaran ansuran Harga Jualan Bank dan semua keterhutangannya dan obligasi lain walau apa pun bentuknya;
  2. pada masa yang sama melaksanakan dan menjalankan manamana dan semua obligasinya di bawah Kemudahan;
  3. mengambil semua langkah seperti yang mungkin perlu bagi memastikan bahawa tidak ada kesan yang teruk dan ketara ke atas kedudukan kewangannya;
  4. memberikan semua maklumat yang perlu secara munasabah berkaitan dengan Pelanggan kepada Bank; dan
  5. memaklumkan Bank tentang berlakunya Kejadian Mungkir atau apa-apa kejadian mungkir berkaitan dengan apa-apa keterhutangan lain Pelanggan.

25. Kejadian Mungkir

Jumlah penuh Harga Jualan oleh Bank dan semua wang belum jelas di bawah Kemudahan bersama dengan pampasannya (jika ada) dan semua wang lain berkaitan dengannya perlu dibayar oleh Pelanggan apabila diminta oleh Bank atau setelah berlakunya mana-mana perkara berikut:

  1. Pelanggan mungkir membuat pembayaran bulanan Harga Jualan oleh Bank atau pembayaran apa-apa wang yang perlu dibayar kepada Bank selepas ia menjadi terhutang sama ada diminta secara rasmi atau tidak;
  2. Pelanggan mungkir di bawah mana-mana peruntukan lain dalam dokumen ini yang tidak dapat diremedi atau yang dapat diremedi, tetapi tidak diremedi dalam tempoh empat belas (14) hari selepas dikehendaki berbuat demikian oleh Bank;
  3. apa-apa pernyataan, waranti atau syarat yang dibuat atau dinyatakan oleh Pelanggan dalam dokumen ini adalah dengan materialnya tidak benar atau mengelirukan;
  4. apa-apa kejadian lain atau beberapa kejadian sama ada berkaitan atau tidak, telah berlaku, yang pada pendapat Bank (yang pendapatnya adalah muktamad dan mengikat) boleh atau mungkin memberikan kesan atau menjejaskan keupayaan atau kesediaan Pelanggan untuk mematuhi semua atau mana- mana obligasi Pelanggan menurut dokumen ini;
  5. Pelanggan terlibat dalam apa-apa tindakan kebankrapan atau menjadi bankrap atau meninggal dunia atau menjadi tidak siuman;
  6. mana-mana dokumen yang diberi kepada Bank adalah atau menjadi, atas apa jua sebab, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan;
  7. jika Bank menganggap bahawa Kemudahan atau kedudukan Pelanggan berkaitan dengan pembayaran Kemudahan adalah terancam.

26. Hak Bank Untuk Memulakan Prosiding Undang-Undang Secara Serentak

Apabila Pelanggan mungkir atau melanggar mana-mana syarat, waad, ketetapan dan/atau akujanji yang diperuntukkan dalam dokumen ini dan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pelanggan, Bank akan selepas itu berhak melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang ada sama ada melalui terma dan syarat ini, statut atau selainnya dan berhak melaksanakan remedi tersebut secara serentak, termasuk mengambil tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali semua wang yang perlu dibayar dan terhutang kepada Bank.

27. Akaun

Untuk bayaran melalui Arahan Tetap:
Pelanggan dengan ini secara muktamad dan tanpa syarat membenarkan Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa tanpa merujuk Pelanggan dan tanpa apa-apa obligasi sama ada dari segi undang-undang atau ekuiti untuk berbuat demikian, mendebitkan Akaun dengan Bank untuk apa-apa bayaran yang terhutang di bawah atau menurut Kemudahan, termasuk bayaran bulanan.

28. Perbelanjaan Guaman dan Perbelanjaan Berkaitan

Pelanggan perlu membayar semua fi guaman dan belanja berhubung dengan penyediaan, duti setem dan pendaftaran manamana dokumen sekuriti yang dikehendaki oleh Bank di bawah seksyen ini walaupun dokumen tersebut tidak dilaksanakan oleh Pelanggan atas apa jua sebab. Jika apa-apa wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali melalui apaapa proses undang-undang atau perlu diserahkan kepada peguam untuk pungutan, maka Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar fi peguam Bank (atas dasar peguam dan klien) dan apa- apa fi dan belanja lain yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut.

29. Penepian dan Kelonggaran

Terma dan syarat dalam dokumen ini boleh diketepikan oleh Bank secara keseluruhannya atau sebahagiannya dengan atau tanpa syarat dan tanpa menjejaskan hak Bank menurut dokumen ini dan apa-apa kegagalan Bank untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan menurut dokumen ini atau apa-apa tolak ansur, penangguhan atau kelonggaran yang diberikan oleh Bank kepada Pelanggan tidak boleh ditafsirkan sebagai penepian hak Bank menurut dokumen ini.

30. Kemudahan Kredit Untuk Pihak Yang Mempunyai Hubungan

Kelulusan Kemudahan kepada Pelanggan adalah dengan syarat bahawa Bank sepenuhnya akan mematuhi apa-apa undang-undang yang terpakai, perundangan atau peraturan termasuk, peruntukan Seksyen 57 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) dibaca bersama dengan Garis Panduan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Urus Niaga Kredit dan Pendedahan dengan Pihak Berkaitan dengan Bank Islam dan/ atau mana-mana garis panduan pengganti/ spesifikasi/ pekeliling yang dikeluarkan oleh BNM dari semasa ke semasa yang berkaitan dengannya. Selain di atas, Pelanggan dengan ini mengisytiharkan kepada Bank bahawa Pelanggan tidak berkaitan dengan/ penjamin kepada/ mengawal/ dikawal oleh mana-mana pengarah, pemegang saham yang mengawal, pegawai-pegawai Kumpulan Perbankan RHB, ahli-ahli Jawatankuasa Syariah Kumpulan Perbankan RHB dan saudara-mara mereka yang terdekat (pasangan dan tanggungan kepada pasangan, anak (termasuk anak tiri/ anak angkat) dan menantu, ibu bapa dan saudara lelaki atau perempuan dan pasangan-pasangan mereka). Tiada pengarah, pemegang saham yang mengawal, pegawai- pegawai Kumpulan Perbankan RHB, ahli-ahli Jawatankuasa Syariah Kumpulan Perbankan RHB dan saudara-mara rapat masing-masing adalah seorang pengarah, rakan kongsi, pegawai eksekutif, ejen atau penjamin dalam firma/ perkongsian/ syarikat/ entiti undang-undang dan/ atau anak-anak syarikat /entiti-entiti yang dikawal oleh Pelanggan. Pelanggan hendaklah pada setiap masa yang material berjanji untuk mengisytiharkan kepada Kumpulan Perbankan RHB jika terdapat hubungan dengan pihak berkaitan sepanjang tempoh Kemudahan ini. Sekiranya terdapat hubungan dengan pihak berkaitan yang tidak didedahkan ditemui kemudiannya, Bank berhak untuk menamatkan dan menarik balik Kemudahan tersebut dengan serta- merta.

31. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613)

Dalam tempoh Kemudahan, Pelanggan akan memastikan bahawa Pelanggan tidak pernah dan tidak akan:

  1. melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam urus niaga yang melibatkan hasil yang didapati daripada apa- apa aktiviti yang menyalahi undang-undang;
  2. memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukarkan, membawa, melupuskan, menggunakan, mengeluarkan dari atau membawa masuk ke dalam Malaysia hasil yang didapati daripada apa-apa aktiviti yang menyalahi undangundang; atau
  3. melindungi, menyembunyikan atau menghalang tindakan bagi mengesahkan sifat sebenar, asal, lokasi, pergerakan, pelupusan, hak milik, hak berkaitan dengan, atau pemilikan hasil yang didapati daripada apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang.

32. Kewajipan Untuk Mengesahkan Penyata Akaun/Sijil Bank

Pelanggan hendaklah mengesahkan semua penyata akaun yang dihantar oleh Bank kepada Pelanggan dan dalam tempoh masa 14 hari untuk mengembalikannya kepada Bank sekiranya terdapat apa-apa percanggahan dalam penyata akaun tersebut yang jika Pelanggan gagal berbuat demikian, penyata akaun tersebut akan disifatkan sebagai muktamad dan mengikat Pelanggan. Penyata daripada Bank dan ditandatangani oleh mana-mana pegawainya tentang pada bila-bila masa berapa jumlah baki wang yang belum dijelaskan, melainkan apa-apa kesilapan nyata, adalah muktamad dan tidak akan dipersoalkan oleh Pelanggan atas apa jua alasan.

33. Penolakan/Penggabungan atau Penyatuan Akaun

Bank berhak dengan memberi tujuh (7) hari notis bertulis terlebih dahulu kepada Pelanggan (untuk menggabungkan, menyatukan atau mencantumkan semua atau mana-mana akaun dan liabiliti Pelanggan, dengan dan kepada Kumpulan Perbankan RHB sehingga bahagian prinsipal sahaja untuk akaun bukan Islam di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar Malaysia sama ada bersendirian atau bersama-sama dengan mana-mana orang lain dan boleh memindahkan atau menolak apa-apa jumlah wang yang ada dalam akaun tersebut bagi menjelaskan mana-mana liabiliti Pelanggan sama ada sebenar atau luar jangka, utama atau sampingan walaupun baki kredit dalam akaun tersebut dan liabiliti dalam mana-mana akaun lain mungkin tidak dinyatakan dalam mata wang yang sama dan Bank dengan ini diberi kuasa untuk melaksanakan apaapa pertukaran yang perlu menurut kadar pertukaran semasa Bank pada masa itu.

Tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas, Bank juga berhak untuk mendebitkan mana-mana akaun Pelanggan (sama ada dalam kredit atau debit) dengan Bank untuk semua bayaran yang terhutang dan perlu dibayar oleh Pelanggan kepada Bank walau dengan apa jua cara pun dengan memberi tujuh (7) hari notis bertulis terlebih dahulu kepada Pelanggan.

34. Akaun Yang Digantung

Apa-apa wang yang diterima oleh Bank berhubung dengan Kemudahan boleh disimpan secara kredit ke dalam akaun yang digantung selama yang difikirkan sesuai oleh Bank tanpa apa-apa obligasi pada waktu itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagiannya untuk menjelaskan apa-apa liabiliti yang perlu dibayar oleh Pelanggan kepada Bank.

35. Notis-Notis & Penyampaian Proses Undang-Undang

A. Notis-notis

Apa-apa notis atau pemberitahuan menurut atau berkaitan dengan Kemudahan ini boleh dilakukan secara

  1. panggilan telefon, atau

  2. dengan bertulis dan diserahkan sendiri menggunakan pos berdaftar atau pos biasa, faksimili, surat elektronik, atau sistem pesanan ringkas ("SMS") ke alamat dan nombor telefon bimbit yang diberikan dalam Surat Tawaran ini atau ke alamat lain/ nombor telefon bimbit seperti yang penerima mungkin telah memaklumkan kepada pihak yang satu lagi secara bertulis. Bukti pengeposan atau penghantaran apa-apa notis atau pemberitahuan hendaklah disifatkan sebagai bukti penerimaan:

    1. jika melalui panggilan telefon, apabila ia dibuat;
    2. jika dihantar dengan tangan, pada masa penyerahan;
    3. jika melalui pos, selepas tamat tempoh tiga (3) *Hari Perniagaan dari tarikh surat dipos;
    4. jika dihantar melalui faksimili, pada masa laporan penghantaran diterima oleh penghantar faksimili yang bertujuan untuk mengesahkan bahawa penerima telah menerima faksimili tersebut;
    5. jika dihantar melalui mel elektronik, pada masa notis atau pemberitahuan benar-benar dihantar dalam bentuk boleh dibaca; dan
    6. jika dihantar melalui SMS, pada masa SMS berjaya dihantar. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan memberi kuasa kepada Bank untuk bergantung kepada dan bertindak ke atas apa-apa arahan, notis atau komunikasi dari Pelanggan yang dibuat melalui telefon, faksimili atau SMS kepada Bank dan Pelanggan hendaklah menanggung rugi dan melepaskan Bank terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, kos, tuntutan, permintaan, caj, perbelanjaan, kerugian dan liabiliti (melainkan disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja pihak Bank) berbangkit daripada, atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan Bank mempercayai atau bertindak dengan suci hati menurut panggilan Pelanggan, faksimili atau arahan SMS, notis atau komunikasi walaupun arahan, notis atau komunikasi tersebut telah dimulakan atau disiarkan dengan kesilapan, diubah dengan niat jahat, salah faham atau diputarbelitkan semasa di dalam talian komunikasi atau penghantaran.

*"Hari Perniagaan" bermaksud hari Bank dibuka untuk perniagaan.

B. Penyampaian Proses Undang-Undang

  1. Penyampaian apa-apa Proses Undang-Undang boleh diberikan melalui kiriman pos berdaftar prabayar atau pos biasa yang dihantar ke alamat pihak yang berkenaan dalam dokumen ini dan Proses Undang-Undang tersebut akan disifatkan sebagai telah disampaikan sewajarnya selepas tamat tempoh lima (5) hari dari tarikh penghantarannya dan jika diserahkan dengan tangan, pada hari ia diserahkan; dan
  2. Pertukaran alamat penyampaian walau dalam apa cara sekali pun tidak akan berkuat kuasa atau mengikat kedua-dua pihak kecuali pihak tersebut telah memberi pihak yang satu lagi notis sebenar tentang pertukaran alamat penyampaian dan apa jua yang dilakukan menurut subseksyen (a) di atas tidak akan terlibat atau terjejas oleh apa-apa pertukaran berikutnya dalam alamat penyampaian yang tidak diketahui oleh pihak yang satu lagi pada masa tindakan atau perkara tersebut dilakukan atau dilaksanakan.
  3. "Proses Undang-Undang" bermaksud pliding, semua bentuk proses pemula, apa jua jenis permohonan interlokutori, afidavit, perintah dan dokumen seumpamanya selain yang dinyatakan sebelum ini yang perlu diberi kepada pihak yang satu lagi dalam dokumen ini, notis, di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Kebankrapan 1967 dan undang-undang lain di Malaysia.

Terakhir Disunting: 9 Mac 2019