Dasar Privasi

IDSB Digital Sdn. Bhd. (selepas ini dikenali sebagai "IDSB" atau "kami") bertekad untuk melindungi dan menghormati privasi anda.

Dasar Privasi ini (bersama dengan ‘Terma Pengunaan’ kami dan dokumen-dokumen lain yang dirujuk di dalamnya) menggariskan asas pengumpulan maklumat peribadi anda oleh kami, atau yang diberikan oleh anda kepada kami, yang akan diproses oleh kami. Sila baca berikut dengan teliti supaya anda dapat memahami pandangan-pandangan dan amalan-amalan kami mengenai data peribadi anda dan bagaimana kami akan menggunakannya.

1. Pengumpulan Maklumat

1.1. Untuk tujuan membekalkan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami akan mengumpul dan memproses data berikut mengenai anda:

  1. maklumat yang dibekalkan oleh anda kepada kami melalui pengisian borang-borang pada laman web kami www.idsb.my (laman web kami), secara peribadi atau melalui cara komunikasi yang lain. Ini meliputi maklumat yang dibekalkan pada masa pendaftaran untuk menggunakan laman web kami, memohon pinjaman dan perkhidmatan yang berkaitan atau untuk meminta perkhidmatan lanjutan. Kami juga mungkin akan meminta maklumat daripada anda pada masa yang lain, contohnya semasa pemprosesan permohonan pinjaman, pelanjutan atau pembaharuan permohonan pinjaman atau perkhidmatan lain, seperti yang diperlukan semasa satu promosi atau apabila anda melaporkan sesuata masalah dengan laman web kami;
  2. jika anda menghubungi kami, kami mungkin akan menyimpan rekod penghubungan tersebut;
  3. kami mungkin juga akan meminta anda untuk melengkapkan borang kaji selidik yang akan digunakan oleh kami untuk tujuan penyelidikan, walaupun anda tidak semestinya menjawabnya;
  4. butir-butiran transaksi yang dijalankan oleh anda melalui laman web kami dan dalam pemenuhan permintaan anda;
  5. butir-butiran mengenai lawatan-lawatan anda ke laman web kami dan sumber-sumber yang diakses oleh anda; dan
  6. data peribadi yang boleh diperolehi daripada agensi pelaporan kredit (dimana maklumat perhubungan dapat diberikan atas permintaan) atau daripada domain awam melalui saluran-saluran yang berbeza, seperti pendaftaran awam, enjin carian awam, direktori awam atau sebarang rangkaian sosial. Maklumat peranti mungkin akan dikumpul daripada pelayar web anda.

1.2. Ia adalah perlu bagi kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda. Kegagalan untuk membekalkan data peribadi atau kebenaran untuk dasar privasi ini mungkin menyebabkan IDSB tidak dapat memproses permohonan anda untuk kemudahan pinjaman atau perkhidmatan yang berkaitan, membuka atau meneruskan akaun anda. Kami hanya menyimpan data peribadi selagi diperlukan sahaja. Selagi tujuan data yang digunakan masih wujud, data tersebut mungkin akan diarkibkan.

2. Penggunaan Maklumat

2.1. Tujuan-tujuan dimana maklumat berikut mungkin digunakan oleh kami di dalam atau di luar Malaysia melibatkan:

  1. penilaian dan bantuan Pembekal-Pembekal Perkhidmatan Kewangan dalam menilai kelayakan dan kesesuaian pemohon-pemohon untuk kemudahan pinjaman dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dan/atau pemprosesan dan/atau kelulusan permohonan, pembaharuan dan pembatalannya
  2. untuk memaklumkan anda mengenai perubahan dan pembangunan yang penting berkenaan dengan ciri-ciri kemudahan pinjaman;
  3. membantu Pembekal-Pembekal Perkhidmatan Kewangan dan institusi-institusi kewangan lain untuk melaksanakan pemeriksaan kredit dan mengumpul hutang;
  4. untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk untuk membalas pertanyaan-pertanyaan dan/atau aduan anda, menyelesaikan pertikaian dan untuk menambahbaik perkhidmatan kami kepada anda;
  5. pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai kepada kami dan mana-mana rakan sekutu kami di dalam atau di luar Malaysia;
  6. pematuhan polisi dalaman, prosedur, langkah-langkah dan aturan IDSB dalam penggunaan data dan maklumat untuk menghalang dan mengesan pelaburan wang haram, pembiayaan pengganas atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang;
  7. perbandingan data mengenai subjek data atau orang lain untuk penyemakan kredit, pengesahan data atau sebaliknya menghasilkan dan mengesahkan data, sama ada untuk tujuan mengambil tindakan terhadap subjek data atau tidak;
  8. pengekalan sejarah kredit (sama ada wujudnya sebarang hubungan antara anda dengan IDSB atau tidak) untuk rujukan semasa dan masa hadapan
  9. memastikan kandungan laman web kami dibentangkan dengan cara yang paling efektif untuk anda dan komputer anda;
  10. membekalkan makluman, surat berita, bahan-bahan pendidikan atau maklumat yang diminta oleh anda kepada anda;
  11. membolehkan anda untuk melibatkan diri dalam ciri-ciri interaktif perkhidmatan kami, apabila anda memilih untuk berbuat demikian;
  12. mereka bentuk dan menjalankan kaji selidik/soal selidik untuk pemprofilan/segmentasi klien, analisis statistik, menambahbaik dan melanjutkan penyediaan produk dan perkhidmatan kami;
  13. prosiding undang-undang, termasuk pengumpulan jumlah yang tertunggak dan mendapatkan nasihat profesional;
  14. menyelidik, mereka bentuk dan memulakan perkhidmatan atau produk termasuk seminar/acara/forum;
  15. menjalankan kewajipan kami yang timbul daripada apa-apa kontrak yang mungkin dibuat antara anda dengan kami;
  16. mempromosi dan memasarkan perkhidmatan dan produk (sila lihat maklumat lanjutan dalam Klausa 2.2 di bawah); atau
  17. tujuan-tujuan yang berkaitan secara langsung atau bersampingan dengan perkara di atas.

2.2. Kami berhasrat untuk menggunakan data anda di dalam pemasaran langsung. Sehubungan dengan itu, sila ambil perhatian bahawa:

  1. nama, maklumat perhubungan (termasuk alamat, nombor telefon, alamat e-mel), maklumat produk dan perkhidmatan, corak transaksi dan tingkah laku, latar belakang dan data demografi anda yang dimiliki oleh kami dari masa ke masa boleh digunakan oleh kami dalam pemasaran langsung;
  2. kelas-kelas perkhidmatan, produk dan subjek berikut boleh dipasarkan dalam pemasarang langsung:
    1. kemudahan kredit/pinjaman, perkhidmatan kewangan dan produk lain yang disediakan oleh kami (atau sekutu kami) dan/atau institusi kewangan, syarikat insurans, sekuriti dan pembekal perkhidmatan pelaburan pihak ketiga;
    2. ganjaran, program kesetiaan atau keistimewaan, tawaran promosi dan perkhidmatan yang berkaitan; dan
    3. jemputan untuk acara-acara seperti seminar/webinar/tele-seminar, persidangan program atau acara langsung.

2.3. Selain daripada pemasaran perkhidmatan, produk-produk dan subjek-subjek yang tersebut di atas, IDSB juga bertujuan untuk membekalkan data yang dinyatakan dalam Klausa 2.2(a) di atas kepada semua atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam Klausa 2.2(b) di atas untuk digunakan oleh mereka dalam pemasaran perkhidmatan, produk dan subjek tersebut dan IDSB memerlukan kebenaran bertulis anda untuk tujuan tersebut.

2.4. IDSB berniat untuk menerima wang atau harta dan faedah lain sebagai balasan untuk membekalkan data kepada orang-orang lain dengan cara yang dinyatakan dalam Klausa 2.3.

2.5. Kami mungkin akan menjalankan pemasaran langsung melalui faks, e-mel, mel terus, telefon dan cara-cara komunikasi lain atau dengan menghantar e-mel pemasaran atas talian kepada anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan-bahan promosi dengan memaklumkan kepada kami (lihat bawah untuk maklumat perhubungan), dan kami akan berhenti berbuat demikian, tanpa caj.

3. Pendedahan Maklumat Anda

3.1. Kami akan menyimpan maklumat peribadi yang dimiliki oleh kami secara sulit tetapi mungkin boleh memberikan maklumat kepada:

  1. kakitangan, ejen, penasihat, juruaudit, kontraktor, Pembekal Perkhidmatan Kewangan, institusi kewangan, pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang mempunyai kaitan dengan operasi atau perkhidmatan kami;
  2. agensi pelaporan kredit dan jika berlakunya keingkaran, agensi-agensi kutipan hutang;
  3. pejabat, sekutu, rakan niaga dan rakan sejawat luar negara kami (jika ada);
  4. orang-orang yang mempunyai tugas sulit kepada kami;
  5. orang-orang yang kepadanya kami dikehendaki membuat pendedahan menurut undang-undang dan peraturan-peraturan dalam atau di luar Malaysia yang terpakai kepada kami;
  6. penerima pindahan sebenar atau yang dicadangkan, peserta atau sub-peserta perkhidmatan kami dalam atau di luar Malaysia;
  7. institusi kewangan pihak ketiga, syarikat insurans, syarikat kad kredit, sekuriti, komoditi, pembekal perkhidmatan pelaburan, dan pembekal perkhidmatan luar yang mungkin diambil kerja oleh kami untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 2.2 di atas, jika berkenaan.

4. Kuki

4.1. Laman web kami menggunakan kuki untuk membezakan anda daripada pengguna lain yang menggunakan laman web kami. Ini membantu kami untuk menyediakan anda dengan pengalaman yang baik apabila anda melayari laman web kami dan juga membolehkan kami untuk menambahbaik laman web kami. Anda bersetuju dengan penggunaan kuki oleh kami apabila anda terus melayari laman web kami.

4.2. Kuki ialah fail abjad dan nombor bersaiz kecil yang disimpan oleh kami dalam pelayar web anda atau cakera keras komputer anda. Kuki mengandungi maklumat yang dipindah ke cakera keras komputer anda.

4.3. Kami menggunakan kuki berikut:

  1. Kuki Diperlukan. Kuki-kuki penting ini terdapat di seluruh laman web kami dan dikehendaki untuk pengendalian laman web untuk:

    1. membolehkan pelayan web menentukan sama ada ketetapan kuki dalam pelayar web anda telah dihidupkan atau dimatikan. Ini membolehkan kami untuk mengetahui sama ada data boleh dikumpul daripada pelayar web anda;
    2. membolehkan anda untuk membawa maklumat antara halaman laman web kami secara sementara untuk mengelakkan keperluan untuk memasukkan semula maklumat tersebut;
    3. mengenal pasti peranti anda secara sementara selepas anda telah log masuk ke satu halaman web terjamin dalam laman web kami supaya pelayan web kami boleh mengekalkan satu dialog dengan pelayar web anda untuk membolehkan anda menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

  2. Kuki Analisis/Prestasi. Kuki ini membolehkan kami untuk mengenal pasti dan mengira bilangan pelawat dan untuk melihat bagaimana pelawat menggunakan laman web kami. Ini membantu kami menambah baik cara fungsi laman web kami, sebagai contoh, dengan memastikan bahawa pengguna boleh mencari apa yang diinginkan dengan mudah.

  3. Kuki Fungsi ini digunakan untuk mengenal anda apabila anda kembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami untuk memperibadikan kandungan kami untuk anda, menyambut anda dengan nama anda dan mengingati pilihan anda (sebagai contoh, bahasa dan wilayah pilihan anda).

  4. Kuki Sasaran/Pengiklanan. Kuki ini menyimpan rekod lawatan anda ke laman web kami, tindak balas anda kepada pengiklanan atas talian kami, menjejaki halaman yang telah dilawati oleh anda dan pautan laman web yang telah anda mengikuti. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menjadikan laman web kami dan pengiklanan yang dipaparkan lebih relevan kepada anda, menyediakan pengiklanan atas talian atau tawaran dalam laman web kami atau laman web pihak ketiga yang paling mungkin menarik minat anda dan untuk menilai keberkesanan pemasaran atas talian dan program pengiklanan kami. Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga untuk tujuan tersebut.

4.4. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga (termasuk, sebagai contoh, rangkaian pengiklanan dan pembekal perkhidmatan luar seperti perkhidmatan analisis trafik web) juga mungkin menggunakan kuki, di mana kami tidak mempunyai kawalan terhadap penggunaan tersebut. Kuki-kuki ini mungkin merupakan kuki analisis/prestasi atau kuki sasaran.

4.5. Kebanyakan pelayar web pada mulanya ditetapkan untuk menerima kuki. Anda boleh memilih untuk ‘tidak menerima’ kuki dengan mengubah ketetapan dalam pelayar web anda tetap jika anda menyekat semua kuki, termasuklan kuki yang diperlukan secara tegas, anda berkemungkinan mendapati bahawa ciri-ciri tertentu pada laman web kami tidak akan berfungsi dengan betul.

4.6. Kami mungkin akan menggunakan servis analisis web pihak ketiga pada laman web kami. Pembekal perkhidmatan ini yang mentadbir perkhidmatan ini menggunakan teknologi seperti kuki, log pelayan web dan mata arah web untuk membantu kami menganalisis cara pengguna menggunakan laman web kami. Maklumat yang dikumpul melalui cara tersebut (termasuk alamat IP) akan didedahkan kepada pembekal perkhidmatan ini yang akan menggunakan maklumat tersebut untuk menilai penggunaan laman web tersebut. Perkhidmatan analisis ini mungkin akan menggunakan data yang dikumpul untuk mengkontekskan dan memperibadikan bahan pemasaran dalam rangkaian pengiklanan mereka sendiri.

5. Sekuriti

5.1. Semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami disimpan di dalam pelayan kami yang selamat. Semua transaksi pembayaran akan disulitkan menggunakan teknologi SSL. Apabila kami memberikan anda (atau dimana anda telah memilih) sesuatu kata laluan yang membolehkan anda untuk mengakses bahagian-bahagian tertentu dalam laman web kami, anda mempunyai tanggungjawab untuk menyimpan kata laluan tersebut secara sulit. Kami meminta anda untuk tidak berkongi kata laluan tersebut dengan sesiapa.

5.2. Malangnya, penghantaran maklumat melalui internet tidak terjamin sepenuhnya. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh memberi jaminan terhadap keselamatan data anda yang dihantar ke laman web kami; sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri. Setelah kami telah menerima maklumat anda, kami akan menggunakan prosedur dan ciri-ciri keselamatan yang tegas untuk cuba menghalang akses yang tidak dibenarkan.

6. Perubahan Kepada Dasar Privasi Kami

6.1. Sebarang perubahan yang dibuat kepada dasar privasi kami pada masa hadapan akan dipaparkan di halaman web ini. Jika kami meminda dasar privasi ini, pindaan tersebut hanya akan terpakai kepada data peribadi yang dikumpul selepas kami telah mempaparkan dasar privasi yang telah disemak semula.

7. Pemindahan Data

7.1. Kami boleh menyimpan data anda dalam pelayan di Malaysia dan mana-mana wilayah lain yang dianggap sesuai oleh kami dari masa ke masa. Kami juga mungkin akan memindahkan data anda kepada pejabat luar negara kami atau kepada sesiapa yang disenaraikan dalam Klausa 2.1 di atas, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia.

8. Kebenaran dan hak anda

8.1. Dengan menggunakan servis kami, membuat permohonan pinjaman atau dengan melawati laman web kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda dan aktiviti-aktiviti lain menurut dasar privasi ini, dan anda mengesahkan bahawa semua data peribadi yang diberikan oleh anda adalah tepat dan lengkap, dan tiada yang mengelirukan atau ketinggalan. Anda akan mengemas kini maklumat anda dengan secepat mungkin jika berlakunya apa-apa perubahan kepada data peribadi anda.

8.2. Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), individu mempunyai hak untuk:

  1. untuk memeriksa sama ada kami menyimpan maklumat peribadi anda dan untuk mengakses data tersebut;
  2. untuk menghendaki kami untuk membetulkan data yang berkaitan dengan anda yang tidak tepat dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan;
  3. untuk menentukan dan memastikan daasr dan amalan kami yang berkaitan dengan data peribadi dan jenis data peribadi yang disimpan oleh kami;
  4. untuk membantah penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan kami tidak boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran selepas anda telah berkomunikasi bantahan anda kepada kami; dan
  5. untuk meminta untuk dimaklumkan item data peribadi yang didedahkan secara rutin kepada agensi-agensi laporan kredit atau agensi-agensi kutipan hutang dan untuk dibekalkan dengan maklumat lanjutan untuk membolehkan suatu permintaan akses atau pembetulan dibuat kepada agensi rujukan kredit atau agensi kutipan hutang yang relevan.

8.3. Anda boleh melaksanakan hak pilih keluar anda dengan memberikan notifikasi kepada kami jika anda ingin membantah kepada penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Sila hantar permintaan anda untuk tujuan sebarang bantahan, akses kepada data, pembetulan data, pemberitahuan maklumat mengenai polisi dan amalan dan jenis data yang disimpan, soalan atau aduan kepada:

E-mel: [email protected]
Perhatian: Pentadbir IT - IDSB

8.4. Menurut peruntukan-peruntukan Akta, kami boleh dan mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproses sebarang permintaan untuk mengakses data.

9. Bidang Kuasa dan Undang-Undang

9.1. Tiada apa-apa dalam polisi ini yang akan menghadkan hak subjek data di bawah Akta. Dasar privasi ini akan ditadbir menurut undang-undang Malaysia. Anda bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Terakhir Disunting: 9 Mac 2019